Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Agensi Berita MENA melaporkan pada hari Ahad bahawa keputusan telah dibuat setelah siasatan membuktikan para pelajar tersebut telah melanggar peraturan-peraturan Universiti.
Tambahnya lagi, 36 pelajar perempuan dari cawangan universiti itu di Bandar Nile, kota Zagazig merupakan antara mereka yang dibuang oleh pihak al-Azhar.
Al-Azhar sentiasa menjadi tempat tunjuk perasaan anti kerajaan dan pertempuran di antara pasukan keselamatan dan para pelajar.
Berpuluh-puluh pelajar bertindak mengadakan tunjuk perasaan dalam percubaan menentang pihak berkuasa tentera yang dilantik Mesir sejak permulaan tahun akademik pada bulan Ogos.
Pasukan keselamatan pula dituduh bertindak dengan kekerasan dalam pembubaran tunjuk perasaan dan penangkapan.
Mesir telah dilanda keganasan sejak presiden pertama yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi, digulingkan pada 3 Julai 2013.
Kumpulan hak asasi manusia berkata sekurang-kurangnya 1400 orang terbunuh dalam keganasan politik sejak penyingkiran Morsi.
Sebuah mahkamah di Mesir baru-baru ini menjatuhkan hukuman mati ke atas beratus-ratus ahli dan penyokong Ikhwanul Muslimin, termasuk ketuanya Mohamed Badie.